🌱 PETANI DIPERKASA, PERTANIAN JOHOR TERUS MAJU! 🌱

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR

Senyuman para petani jelas terpancar semasa menerima Bantuan One-Off Fasa 3 Petani Agro Makanan sempena Inisiatif Baharu Belanjawan 2026 bagi kawasan DUN Bukit Pasir! Majlis ini berlangsung pada 7 Mac 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir.

Majlis penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Mohamad Fazli Mohamad Salleh, ADUN Bukit Pasir. Bantuan ini diharap dapat memberi sokongan kepada para petani dalam meningkatkan hasil pertanian dan memastikan bekalan makanan tempatan terus terjamin.

Pejabat Pertanian Daerah Muar merakamkan penghargaan kepada Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, serta Kerajaan Negeri Johor atas keprihatinan dan sokongan berterusan dalam memajukan sektor pertanian negeri ini.

🌾 Petani diperkasa, pertanian dipacu, Johor terus makmur!

#PejabatPertanianMuar

#PetaniJohor

#PertanianJohor

#Belanjawan2026

#MajuJohor

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Pejabat Pertanian Daerah Muar

Pejabat Daerah Muar

MEDIA DIGITAL JOHOR

@top fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *