PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 3

DUN BUKIT KEPONG

Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 bagi kawasan DUN Bukit Kepong telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh tertib dan semangat kebersamaan. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam membantu golongan yang memerlukan melalui pemberian bantuan tunai secara one-off kepada penerima yang layak.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hj Ahmad Syar’e bin Yusof,

Jawatankuasa Penyelaras Khas Dun Bukit Kepong dan turut dihadiri oleh En Muhammad Faizal bin Saidi, Pegawai Pertanian Daerah Muar dan kakitangan serta pemimpin masyarakat serta ratusan penerima manfaat. Kehadiran yang amat memberangsangkan jelas menunjukkan komitmen dan sokongan padu masyarakat terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan.

Melalui pelaksanaan fasa ketiga ini, para penerima yang terdiri daripada golongan sasar termasuk petani dan komuniti setempat menerima bantuan sebagai sokongan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup semasa. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

Sepanjang majlis berlangsung, suasana harmoni dan penuh penghargaan dapat dilihat apabila para penerima hadir dengan penuh rasa syukur. Program ini bukan sahaja menyampaikan bantuan kewangan, malah mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Diharapkan bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para penerima serta memberi impak positif kepada kesejahteraan hidup mereka.

#BantuanKasihJohor

#fasa3

#dunbukitkepon

#MajuJohor

#PrihatinRakyat

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Pejabat Pertanian Daerah Muar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *