PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
.
.
.
KURSUS PENYIASATAN PENGELUARAN HASIL (CCS) LUAR MUSIM SAWAH SUNGAI BALANG, MUAR
12 Februari 2026 (Khamis)-
Pejabat Pertanian Daerah Muar telah menganjurkan Kursus Penyiasatan Pengeluaran Hasil (CCS) Luar Musim bertempat di kawasan Sawah Sungai Balang, Muar.
Kursus ini dilaksanakan bagi memperkukuh kefahaman pegawai dan kakitangan teknikal berkaitan kaedah penyiasatan pengeluaran hasil padi luar musim serta meningkatkan kecekapan dalam pengumpulan dan pengesahan data pengeluaran hasil sawah. Program ini turut memberi pendedahan secara praktikal melalui aktiviti lapangan termasuk proses pengambilan sampel padi, teknik pengendalian hasil tuaian serta penggunaan peralatan pemprosesan bagi mendapatkan data yang lebih tepat dan berintegriti.
Sepanjang pelaksanaan kursus, para peserta diberi penerangan teknikal dan tunjuk cara berkaitan prosedur pelaksanaan CCS selaras dengan garis panduan yang ditetapkan. Aktiviti lapangan yang dijalankan secara berpasukan ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal peserta malah mengukuhkan kerjasama strategik dalam kalangan warga kerja jabatan.
Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat Pertanian Daerah Muar dalam memastikan ketepatan data pengeluaran hasil pertanian, seterusnya menyokong perancangan pembangunan sektor padi dan keselamatan makanan negara.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
@top fans




















