PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
.
.
.
ᴘʀᴏɢʀᴀᴍ ᴀɢʀᴏᴘʀᴇɴᴇᴜʀ ᴍᴜᴅᴀ ʙᴇʀꜱᴀᴍᴀ ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ᴋᴏʟᴇᴊ ᴠᴏᴋᴀꜱɪᴏɴᴀʟ ᴘᴀɢᴏʜ
Pejabat Pertanian Daerah Muar telah melaksanakan sesi taklimat dan perkongsian ilmu berkaitan Program Agropreneur Muda kepada para pelajar Kolej Vokasional Pagoh sebagai inisiatif memperkukuh pembangunan modal insan dalam sektor pertanian dan agromakanan.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada golongan belia mengenai potensi kerjaya dalam bidang pertanian moden, selain memperkenalkan pelbagai inisiatif, bantuan serta sokongan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menggalakkan penglibatan generasi muda dalam bidang keusahawanan pertanian.
Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar telah diberikan taklimat oleh Pn Noorshella binti Mustafa,Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan.Para pelajar didedahkan dengan maklumat berkaitan peluang pembangunan agropreneur, penerapan teknologi pertanian terkini serta kepentingan sektor agromakanan dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara.
Pejabat Pertanian Daerah Muar komited untuk terus memperluaskan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai agropreneur muda yang berdaya saing, inovatif dan berkemahiran tinggi selaras dengan agenda pembangunan sektor pertanian negara.
#keterjaminanmakananuntukmasadepan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Program Agropreneur Next-Gen KPKM
@top fans












