๐ฏ๐ค๐ฉ๐ ๐ก๐ ๐ณ ๐ฏ๐ค๐ฑ๐ณ๐ ๐ญ๐จ๐ ๐ญ ๐ฃ๐ ๐ค๐ฑ๐ ๐ง ๐ฌ๐ด๐ ๐ฑ
.
.
.
๐๐ถ๐ช๐ท๐ช๐ฝ ๐๐ฎ๐ฐ๐ช๐๐ช๐ฒ ๐๐ฎ๐ป๐ฝ๐ช๐ท๐ฒ๐ช๐ท ๐๐ช๐ฎ๐ป๐ช๐ฑ ๐๐พ๐ช๐ป
Satu sesi amanat Pegawai Pertanian Daerah Muar telah diadakan pada 4 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pertanian Daerah Muar dengan penglibatan semua kakitangan. Sesi ini bertujuan memperkukuh tadbir urus perkhidmatan, meningkatkan disiplin kerja serta memantapkan penyampaian perkhidmatan jabatan.
Dalam amanat tersebut, Pegawai Pertanian Daerah menekankan kepentingan kehadiran kakitangan dalam perhimpunan dan mesyuarat yang diadakan sama ada di pejabat atau di kawasan. Kakitangan juga diingatkan supaya melaksanakan tugasan secara proaktif dan memberi keutamaan kepada kerja-kerja awal bagi memastikan pelaksanaan program dan aktiviti berjalan dengan teratur.
Beliau turut menegaskan keperluan memudahkan urusan pelanggan khususnya petani melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, mesra dan berintegriti serta memastikan maklumat pertanian disampaikan dan disebarkan secara berkesan. Penggunaan aplikasi pertanian digalakkan dengan fokus kepada pembangunan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.
Selain itu, perhatian turut diberikan terhadap pencapaian projek pembangunan, pengurusan kemudahan pejabat dan pematuhan etika berpakaian kakitangan. Semua kakitangan diseru agar terus mengamalkan semangat kerja berpasukan dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh imej Pejabat Pertanian Daerah Muar.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
@top fans








