𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
.
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗗𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗕𝗜𝗢𝗗𝗘𝗦𝗔𝗥𝗨, 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜
.
.
.
Satu lawatan operasi telah diadakan bagi meninjau kerja-kerja pemadaman kebakaran di kawasan BioDesaru, Kota Tinggi. Operasi pemadaman api dikendalikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Kota Tinggi.
.
.
Taklimat berkaitan operasi pemadaman kebakaran telah disampaikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Tinggi kepada YBhg. Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi.
.
.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Encik Mohd Hafizh Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi serta Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kota Tinggi, bagi meninjau situasi dan tindakan operasi pemadaman di lokasi kejadian.
.
.
Kebakaran ini melibatkan kawasan seluas kira-kira 70 ekar tanah di BioDesaru dan turut mengakibatkan kemusnahan ladang nanas milik syarikat Unggul Abadi Sdn. Bhd., sekali gus memberi kesan kepada aktiviti pertanian di kawasan berkenaan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
















