PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR

MAJLIS AMANAT PEGAWAI DAERAH MUAR BERSAMA PENJAWAT AWAM TAHUN 2026

MUAR, 21 Januari 2026 – Majlis Amanat Pegawai Daerah Muar bersama Penjawat Awam Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hab Kesihatan @ Wellness Hub, Bakri. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini telah menghimpunkan penjawat awam serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Majlis ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat antaranya Saringan Komposisi Badan dan Pameran Kesihatan, Senamrobik “Muar Fit & Healthy”, serta pembukaan kaunter perkhidmatan melibatkan Pejabat Tanah Daerah (Cukai Tanah), Majlis Perbandaran (Cukai Harta), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Telekom Malaysia (TM). Selain itu, aktiviti Jom Mewarna Kanak-Kanak Tabika turut dianjurkan sebagai pengisian mesra keluarga.

Sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti, satu aktiviti penanaman pokok manggis (Garcinia mangostana) telah disempurnakan oleh YBhg. Haji Zainal bin Eran, Pegawai Daerah Muar serta Haji Norrizam Bin Muhamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar . Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan pihak pentadbiran daerah dalam menyokong amalan hijau serta persekitaran yang sihat dan lestari.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penjawat awam dan penduduk setempat. Penganjuran majlis seumpama ini diharap dapat menjadi platform berkesan dalam memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan masyarakat, selaras dengan aspirasi pembangunan Daerah Muar yang mampan, sejahtera dan berdaya saing.

Turut hadir adalah En Muhammad Faizal bin Saidi, Pegawai Pertanian Daerah Muar serta kakitangan Pejabat Pertanian Muar.

#MuarFitAndHealthy

#AmanatPegawaiDaerahMuar2026

#PenjawatAwamPrihatin

#KelestarianAlam

#WellnessHubBakri

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Pejabat Pertanian Daerah Muar

MEDIA DIGITAL JOHOR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *