πππ πΌπ½πΌπ πππππΌπππΌπ πΏπΌπππΌπ πππΌπ
.
.
.
LAWATAN RASMI PENGARAH JABATAN PERTANIAN SARAWAK KE LADANG DAN KILANG HEXAMAX FRUITS SDN. BHD, MUKIM JORAK
Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Encik Dominic anak Chunggat, telah mengadakan lawatan rasmi ke ladang dan kilang nitrogen Hexamax Fruits Sdn. Bhd di Mukim Jorak, Johor sempena lawatan kerja ke Semenanjung Malaysia. Lawatan ini bertujuan meninjau pengurusan ladang, penggunaan teknologi pertanian serta proses pemprosesan dan pengendalian hasil pertanian yang berasaskan nilai tambah dan pematuhan piawaian industri.
Lawatan ini diharap dapat menjadi penanda aras kepada Jabatan dalam memperkukuh pemindahan teknologi, meningkatkan kecekapan pengurusan pertanian serta menyokong pembangunan sektor pertanian Sarawak secara mampan.
Turut hadir mengiringi kedatangan rombongan adalah En Muhammad Faizal bin Saidi, Pegawai Pertanian Daerah Muar, En Rosli bin Ali, Pen Pegawai Pertanian Bahagian Operasi dan APT Mukim Jorak, Cik Nurul Amalina binti Rasid.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan atas lawatan dan perkongsian yang amat bermakna. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuh ke arah pembangunan pertanian yang lebih berdaya saing dan produktif.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
@top fans





