PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR

Jumaat – Telah diadakan sesi bacaan al-Quran secara berjemaah bersama warga Pejabat Pertanian Daerah Muar. Program ini berlangsung dengan penuh tertib di bilik mesyuarat pejabat dan disertai oleh pegawai serta kakitangan pejabat.

Sesi ini bertujuan menyemai nilai kerohanian, memupuk budaya membaca al-Quran dalam kalangan warga pejabat, serta mengukuhkan ukhwah antara kakitangan. Suasana majlis kelihatan tenang dan teratur, dengan setiap peserta meneliti mushaf masing-masing sepanjang bacaan dijalankan.

Program kerohanian ini diharap dapat diteruskan sebagai aktiviti berkala bagi meningkatkan penghayatan agama, membentuk sahsiah terpuji dan menggalakkan keharmonian di tempat kerja.

Zahari Sarip.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Pejabat Pertanian Daerah Muar

MEDIA DIGITAL JOHOR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *