PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR

MAJLIS PERASMIAN KUTIPAN HASIL PROJEK SEJATI MADANI, JPKK SUNGAI ABONG

Projek Sejati Madani di bawah kelolaan JPKK Sungai Abong mencatat satu lagi kejayaan apabila majlis perasmian kutipan hasil pertanian diadakan dengan penuh meriah.

Majlis ini turut disertai oleh para pemimpin setempat serta ahli komuniti yang hadir bagi menyaksikan hasil pertama daripada projek tanaman sayur-sayuran yang diusahakan oleh penduduk. Dalam majlis tersebut, para tetamu diberi peluang menyertai aktiviti memetik hasil tanaman, termasuk cili yang berjaya dituai dalam kuantiti yang menggembirakan.

Projek Sejati Madani ini terbukti memberi impak positif kepada komuniti setempat, bukan sahaja dalam peningkatan sumber pendapatan, tetapi juga dalam mengukuhkan semangat kerjasama dan kesedaran terhadap pertanian mapan.

Pihak penganjur berharap kejayaan awal ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pertanian komuniti di masa hadapan demi kesejahteraan penduduk Sungai Abong secara keseluruhan.

Mohamad Sabu

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Pejabat Pertanian Daerah Muar

MEDIA DIGITAL JOHOR

@top fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *