𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗟𝗔𝗜
Pelancaran Program Jom Makan Sihat Peringkat Negeri Johor
Kulai, 16 Disember | SK.Polis Kem Kulai— Program 𝗝𝗼𝗺 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 telah dilancarkan bagi menyemai kesedaran dalam kalangan murid sekolah mengenai kepentingan pengambilan makanan sihat sejak usia muda. Program ini merupakan satu inisiatif kolaboratif yang melibatkan pelbagai pihak dalam usaha membentuk gaya hidup sihat serta menyokong sektor pertanian tempatan.
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Operasi En. Mohd Sufian Aizudin Bin Mohd Saleh wakil rasmi Pengarah Pertanian Negeri Johor
Sebanyak 30 buah sekolah di Daerah Kulai akan menyertai Program Jom Makan Sihat yang dirangka dengan pelbagai aktiviti menarik dan berimpak tinggi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
1. Aktiviti 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗮𝗺 𝗽𝗼𝗸𝗼𝗸 sebagai pendedahan awal kepada pertanian dan sumber makanan.
2. 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗿𝗻𝗮 bertemakan pemakanan sihat bagi menarik minat murid.
3. 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗺𝘆𝗚𝗔𝗣 yang memberi pendedahan mengenai amalan pertanian baik dan keselamatan makanan.
Objektif utama program ini adalah untuk 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 serta memberi kefahaman tentang 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗵𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini turut menggalakkan murid untuk memilih dan mengamalkan pengambilan 𝗯𝘂𝗮𝗵-𝗯𝘂𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 sebagai sebahagian daripada diet seimbang.
Diharapkan Program Jom Makan Sihat ini dapat memberi impak positif kepada murid dan komuniti sekolah serta menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi yang lebih sihat, berpengetahuan dan menghargai hasil pertanian tempatan.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan




































