PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK

β€’

β€’

β€’

πŸ“ΈMAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR 2.0

DUN GAMBIR πŸ“Έ

πŸ“… Tarikh: Selasa, 9 Disember 2025

πŸ•‘ Masa: 2.00 petang – 5.00 petang

πŸ“ Tempat: Dewan Muafakat, Bukit Gambir, Tangkak, Johor

Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor 2.0 bagi DUN Gambir telah berlangsung dengan penuh tertib dan jayanya✨. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Tuan Sahrihan Bin Jani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam menyantuni serta memperkasa golongan petani dan pengusaha sektor agromakanan di negeri ini πŸŒΎπŸ‘¨β€πŸŒΎπŸ‘©β€πŸŒΎπŸ“Έ

Pelaksanaan bantuan ini memberi tumpuan khusus kepada para petani agromakanan Johor πŸŒ±πŸ…πŸ₯¬ sebagai sokongan berterusan bagi meningkatkan produktiviti, menjamin keterjaminan makanan negeri πŸ₯˜πŸš serta memastikan kebajikan golongan ini terus terbela πŸ€πŸ’›

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor 🌟 atas kepimpinan dan iltizam melalui Belanjawan Johor 2026, yang terus mengangkat agenda pembangunan sektor pertanian 🌾🚜, memperkukuh keterjaminan makanan πŸ₯—πŸ₯˜ serta memperkasa kesejahteraan rakyat ✨

Majlis turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pertanian Daerah Tangkak, Pegawai Veterinar Daerah Tangkak, para pemimpin setempat serta barisan jawatankuasa pelaksana yang bersama-sama memastikan kelancaran penyampaian bantuan kepada para penerimaπŸ“Έ

Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat memberi manfaat yang berterusan, meringankan beban πŸ’ͺ🀝 serta menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup para petani agromakanan di Negeri Johor Darul Ta’zim πŸŒΎπŸŒŸπŸ“Έ

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip

@mohdyosri

MEDIA DIGITAL JOHOR

#MajuJohor#BKJF2#BantuanKasihJohorFasa2#DunGambir#mediadigitaljohor#doajohor#pertanianjohor#myDOA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *