PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK

📸MAJLIS SERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR PENTERNAK DAN PETANI DUN SEROM FASA 2📸

Bantuan Kasih Johor Fasa 2 kini telah dilaksanakan bagi Dun Serom, memberi sokongan kepada para petani dan penternak yang layak menerima bantuan pada fasa ini. Program penyerahan bantuan telah berlangsung pada :

🗓️ 7 Disember 2025, (Ahad)

🕘 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

📍 Dewan Serbaguna Bukit Kangkar, DUN Serom

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Khairin‑Nisa binti Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Serom dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, yang turut menyampaikan harapan agar bantuan ini dapat meningkatkan daya usaha, produktiviti, serta kesejahteraan penerima dalam sektor pertanian dan penternakan.

Bantuan ini dilaksanakan di bawah pimpinan Kerajaan Negeri Johor melalui YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, dan diperuntukkan melalui Belanjawan Johor 2026, sejajar dengan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh kebajikan rakyat serta memacu pembangunan komuniti agro yang mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada kerajaan negeri atas keprihatinan serta usaha berterusan dalam memastikan golongan petani dan penternak mendapat perhatian sewajarnya.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban, memperkasakan ekonomi keluarga, serta menjadi pemangkin kepada kemajuan sektor pertanian dan penternakan.

Turut hadir Puan Nur Akmal Binti Abdullah Pegawai Pertanian Daerah Tangkak; Puan Nurul Syafikah Binti Mislan Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah; Encik Azrin Bin Hashim Pegawai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Daerah Tangkak; Datuk Abdull Rahim Bin Talib – DRL Ketua Bahagian UMNOLedang.

Johor terus maju, rakyat terus terbela.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip

Jabatan Pertanian Malaysia

MEDIA DIGITAL JOHOR

#MajuJohor#MediaDigitalJohor#doajohor#pertanianjohor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *