𝟐𝟒 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐆𝐈𝐋 𝐈𝐎𝐈 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊
Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Sagil IOI Plantation Tangkak Johor. Lawatan beliau telah disambut oleh Plantation Controller Encik Zakaria Arshad dan kakitangan Ladang Sagil IOI Plantation.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan potensi kerjasama antara jabatan dan Ladang Sagil IOI Plantation dalam industri tanaman kelapa serta arahtuju penghasilan produk berasaskan kelapa di negeri Johor.
Ladang Sagil IOI Plantation ini mensasarkan penanaman kelapa seluas 5,175 hektar merangkumi 11 varieti kelapa menjelang tahun 2027. Sehingga kini ladang ini telah mencapai 3,471 hektar (67% daripada sasaran) penanaman kelapa.
Turut hadir dalam lawatan ini :
1. En Mohd Hafiz Bin Ramly
Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan)
2. Pn Hjh Norzita Binti Hashim
Pegawai K/U Bahagian Pengurusan Sumber Tanah
3. Pn Hjh Farhanah Hafizah Binti Hamdan Mustapha
Pegawai K/U Bahagian Pembagunan Industri Tanaman
4. En Rosdin Bin Kimin
Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian Negeri Johor
5. En Mohd Zamry Bin Aya
Pegawai Pertanian Daerah Segamat
6. Pn Siti Zubaidah Binti Ahmad
Wakil Pegawai Pertanian Daerah Tangkak
7. En Saifulizan Bin Mustaffar
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian Negeri Johor
Serta pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor yang lain.
Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan kerjasama antara jabatan dan syarikat serta meningkatkan potensi industri tanaman kelapa di negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





















