𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
.
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗔𝗚𝗥𝗢𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡
𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗞𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜
.
.
.
5 November 2025
Kota Tinggi, Johor
.
.
Rombongan dari Jabatan Pertanian Negeri Selangor diketuai oleh En. Wan Mohamad Zukarnain Bin Baharudin, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), bersama Penolong Pengarah Bahagian Industri Asas Tani serta pegawai APIAT Negeri Selangor.
.
.
Lawatan ini telah disambut oleh En. Mohd Hafizh Bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, bersama pegawai APIAT Daerah Kota Tinggi, APT Johor Lama & Tanjung Surat serta wakil Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Johor.
.
.
Tujuan lawatan ini adalah untuk pertukaran teknologi dan pengalaman dalam pembangunan Pensijilan “Home Based” serta pengukuhan rangkaian sokongan usahawan industri asas tani dan agropelancongan.
.
.
Lokasi & Fokus Lawatan
ZM Delicious Enterprise
– Pensijilan Home Based Food
– Amalan pemprosesan selamat & pensijilan
Pusat IKS, Felda Air Tawar 1
– Produk sejuk beku
– Produk makanan ringan
– Produk hiliran kelapa
Desaru Fruit Farm
– Model agroperlancongan bersepadu
– Pengurusan dusun & pengalaman pelawat
– Nilai tambah hasil pertanian
.
.
Lawatan ini menjadi platform pertukaran ilmu, perkongsian pengalaman serta penambahbaikan program pembangunan agroperlancongan demi manfaat komuniti dan usahawan tani.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





































































