𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

.

.

.

📍 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗧𝗞𝗣𝗠 𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗠, 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗕𝗜𝗟. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟱

.

.

.

🗓️ 27 Oktober 2025

📌 TKPM Ulu Tiram, Kota Tinggi

.

.

Lawatan Pemantauan Pasukan Teknikal Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ulu Tiram Bil. 2/2025 telah dijalankan pada 27 Oktober 2025 melibatkan 3 peserta TKPM Ulu Tiram.

.

.

Lawatan diketuai oleh Puan Hajah Zaiti Akmal Binti Dahlan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor

.

.

Turut hadir ialah wakil daripada Bahagian Kejuteraan Pertanian, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Bahagian Kualiti Tanaman, Bahagian Kawalan Racun Perosak & Baja, serta Bahagian Pembangunan Industri Tanaman.

.

.

Hadir sama, Encik Hafizh Bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Penyelia TKPM Ulu Tiram dan Desk Officer TKPM Daerah Kota Tinggi.

.

.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemajuan projek serta memastikan setiap peserta mematuhi garis panduan teknikal dan mengamalkan pengurusan tanaman yang baik. Pemeriksaan turut memberi tumpuan kepada aspek pengurusan ladang, penggunaan racun dan baja, keberkesanan sistem saliran, serta status hasil semasa tanaman.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan MakananJabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Mohd Hafizh Hussain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *