𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
.
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 (𝗧𝗞𝗣𝗠) 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗨, 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗕𝗜𝗟. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟱
.
.
.
23 Oktober 2025 (Khamis)
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lepau, Kota Tinggi
.
.
Lawatan pemantauan Pasukan Teknikal Projek TKPM Lepau telah dijalankan bagi menilai kemajuan serta pelaksanaan aktiviti projek oleh peserta.
.
.
Lawatan ini diketuai oleh Puan Hajah Norzita Binti Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Ayer Hitam, Johor
.
.
Pasukan teknikal turut disertai oleh wakil dari:
Bahagian Kejuruteraan Pertanian
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Bahagian Kualiti Tanaman
Bahagian Kawalan Racun Perosak & Baja
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman
.
.
Seramai 4 peserta TKPM Lepau terlibat dalam sesi pemantauan ini. Turut hadir ialah Penyelia TKPM Lepau serta Desk Officer TKPM Daerah Kota Tinggi.
.
.
Lawatan ini menjadi platform bagi pihak jabatan memberikan khidmat nasihat teknikal dan menambah baik pelaksanaan projek pertanian berasaskan makanan di TKPM Lepau. ![]()
![]()
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

















