๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
.
.
.
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ก โ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐๐ง ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐จ๐๐งโ (๐๐๐ฃ) ๐ฃ๐๐ฅ๐จ๐ก๐ง๐จ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐จ๐ง๐จ๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
.
.
.
10 Oktober 2025 (Jumaat)
Bandar Tenggara, Kota Tinggi
.
.
Satu lawatan telah diadakan oleh Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Johor yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) ke Projek Perusahaan MAZ Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang mengusahakan produk cili giling.
.
.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan perkara berkaitan dokumen perjanjian antara usahawan dan pembekal yang dilantik berdasarkan kelulusan permohonan Geran Pemadanan โHigh Impact Productโ (HIP) serta memastikan proses perolehan berjalan dengan lancar dan teratur.
.
.
Program seperti ini diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan pengusaha Industri Asas Tani di Negeri Johor ke arah penghasilan produk yang lebih berimpak tinggi dan berdaya saing di pasaran. ![]()
![]()
.
.
Turut serta dalam lawatan ini adalah Encik Mohd Hafizh Bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi. Puan Radiah Binti Ali, Pegawai APIAT Daerah Kota Tinggi.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

























