𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
.
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗢𝗣𝗧𝗜𝗠𝗨𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 ![]()
.
.
8 Oktober 2025 | TKPM Ulu Tiram, Kota Tinggi
.
.
Satu lawatan pemantauan telah diadakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor (BPEN) bagi menilai pelaksanaan projek-projek di bawah Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah yang diluluskan di Negeri Johor bagi tahun 2025.
.
.
Taklimat ringkas mengenai pelaksanaan dan perkembangan projek telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Jabatan Pertanian Negeri Johor.
.
.
Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah Encik Mohd Hafizh Bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi. Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman dan Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Pertanian Negeri Johor.
.
.
Program ini diharap dapat memanfaatkan sepenuhnya tanah-tanah pertanian sedia ada sekaligus menyumbang kepada peningkatan hasil dan pengukuhan keterjaminan makanan negara.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



































