Pejabat Pertanian Daerah Segamat
Pemeriksaaan Pengesahan dan Penilaian Siap Bina Baru Bengkel Industri Asas Tani di Mukim Pogoh (Kg Paya Pulai) Segamat.
Tarikh : 30 September 2025
Masa : 09.00 Pagi
Satu sesi pemeriksaan, pengesahan dan penilaian siap bina bagi projek Bengkel Industri Asas Tani di Mukim Pogoh, Kampung Paya Pulai, Segamat telah dilaksanakan bagi memastikan pembinaan infrastruktur tersebut memenuhi spesifikasi yang ditetapkan serta bersedia untuk digunakan oleh usahawan.
Pemeriksaan ini melibatkan semakan aspek teknikal, keselamatan, fungsi kemudahan dan kesesuaian penggunaan mengikut tujuan asal iaitu sebagai pusat pembangunan produk makanan dan agroberasaskan pertanian. Langkah ini juga selaras dengan komitmen pihak berwajib dalam memastikan kemudahan yang dibina dapat menyokong pembangunan ekonomi komuniti luar bandar secara mampan.



