Pejabat Pertanian Daerah Segamat

📌 Lawatan Tapak Program Pemindahan Teknologi (TOT) Penanaman Lada Negeri Johor

📆 29 September 2025

🕔 9.00 pagi

📍 Agromix Farm Segamat

Penganjuran Program Pemindahan Teknologi (TOT) Penanaman Lada di negeri Johor ini bertujuan untuk memenuhi kehendak serta keperluan kumpulan sasar, khususnya para pekebun dan penggiat industri lada, selain memberi penerangan berkenaan polisi terkini Kerajaan dalam usaha melahirkan pengusaha lada yang lebih berdaya saing dan berpengetahuan.

Program ini juga menjadi platform penting untuk menyalurkan maklumat, teknologi dan inovasi terkini berkaitan pengurusan, penyelenggaraan serta amalan penanaman lada yang cekap dan berkesan. Melalui pendekatan ini, para peserta didedahkan kepada teknik moden serta input pertanian berkualiti tinggi yang mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tanaman lada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *