Pejabat Pertanian Daerah Segamat
Program Pemindahan Teknologi (TOT) Penanaman Lada Negeri Johor
28 September 2025
Dewan Besar Kg Tandong Buloh Kasap
Disempurnakan oleh :
Yang Berhormat Datoβ Zahari bin Sarip
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani
dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor
Galakkan Penanaman Lada di Negeri Johor!
Jabatan dan agensi berkaitan kini giat mempromosikan penanaman lada sebagai salah satu tanaman berpotensi tinggi di negeri Johor, khususnya dalam usaha memperkasa industri pertanian
Bagi menyokong perkembangan ini, pelbagai bantuan dan insentif menarik turut disediakan kepada para pengusaha dan pekebun kecil menerusi program khas oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB).
MPB juga menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk:
1. Khidmat nasihat teknikal
2. Latihan dan kursus penanaman lada
3. Pembekalan bahan tanaman dan sokongan agronomi
4. Bantuan infrastruktur ladang
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memberi ilmu pengetahuan dan pendedahan menyeluruh kepada pekebun, agar mereka dapat mengamalkan kaedah penanaman yang betul, moden dan produktif. Langkah ini dijangka dapat meningkatkan hasil tanaman lada secara mampan dan memperluas kawasan penanaman di seluruh negeri Johor.
Jom sertai usaha memajukan industri lada negara!
Bersama kita jadikan Johor sebagai antara pengeluar lada utama tanah air.
Penghargaan Kepada :
Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri
Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor,
Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada
(IKL), Kementerian Perladangan & Komoditi,
Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Lada Malaysia,
Pejabat Daerah Segamat,
Majlis Perbandaran Segamat,
Pejabat Penerangan Daerah Segamat,
Jabatan Pertanian Negeri Johor,
FAMA Negeri Johor,
PKS dan Usahawan Hiliran Lada Negeri Johor








