𝟏𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐃𝐀𝐒𝐇𝐁𝐎𝐀𝐑𝐃 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐍𝐃’𝐒 𝐎𝐍 𝐂𝐑𝐎𝐏 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐄𝐑𝐘 (𝐂𝐏𝐒)
Bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada semua Desk Officer dan Agen Pengembangan Tanaman yang terpilih tentang kaedah penyiasatan pengeluaran hasil tanaman di kawasan masing-masing. Hasil siasatan ini akan digunakan sebagai rujukan anggaran pengeluaran hasil sebenar di kawasan tersebut.
Bengkel ini dibimbing oleh En Ahmad Fuaad Bin Muhammad Yasin, Pegawai Pertanian Bahagian Perancangan Strategik Seksyen Ekonomi Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia serta pegawai-pegawai di Jabatan Pertanian Malaysia. Seramai 10 orang Desk Officer Perangkaan, 24 orang Agen Pengembangan Tanaman, dan pegawai di Jabatan Pertanian Negeri Johor telah menghadiri bengkel ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
























