𝟏𝟏 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐔𝐒𝐔𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐇𝐄𝐑𝐁𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Program Penemusuaan Peneraju Industri Herba Negeri Johor Tahun 2025 yang berlangsung selama 2 hari telah dirasmikan oleh YBhg En Rivoldiantoe Bin Basran, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia, wakil rasmi Ketua Pengarah Pertanian Malaysia.
Program ini merupakan satu paltform yang menyatukan pihak berkepentingan untuk menjalin kerjasama strategik bagi mencapai matlamat memajukan industri herba di Negeri Johor melalui taklimat-taklimat, perbincangan dan temubual antara pemain industri dan pihak jabatan pertanian.
Turut hadir sama adalah En Mohd Hafiz Bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan), Pn Siow Irene (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Malaysia), Pn Rafidah Binti Zainun (Kuasa Usaha Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Johor) serta pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





























