𝟏𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐊𝐞 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐭
En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) mewakili Pengarah Pertanian Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Daerah Batu Pahat. Beliau telah disambut oleh Ybhg. Tuan Mohd Farid Bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan perancangan dan kerjasama bagi pelaksanaan program-program yang akan diadakan di Daerah Batu Pahat. Turut hadir sama En Saifulizan Bin Mustaffa, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Pn Mufiddah Binti Mohamad, Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat.





