𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐑𝐄𝐆𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐅𝐎𝐑 𝐀𝐆𝐑𝐈𝐂𝐔𝐋𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔𝐍𝐆 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐄𝐑𝐒 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐑𝐀𝐌𝐄𝐖𝐎𝐑𝐊 𝐎𝐅 𝐈𝐌𝐓-𝐆𝐓
Pada 8 hingga 12 September 2025 telah berlangsung Regional Training for Agriculture Young Farmers in The Framework of IMT-GT yang melibatkan tiga buah negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Majlis perasmian disempurnakan oleh 𝗬𝗕𝗿𝘀 𝗧𝗻 𝗛𝗷. 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵
Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pertanian Malaysia
Dalam program ini, Pegawai Pertanian Daerah Kulai, 𝗛𝗷. 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 telah diberi peluang untuk membentangkan paper country yang berkaitan dengan penggunaan Internet of Things (IoT) di peringkat pengguna di Malaysia.
Selain itu, pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Malaysia turut membuat pembentangan yang menekankan kepada penggunaan teknologi IoT dalam sektor pertanian, termasuk cabaran serta halangan yang perlu ditangani bagi memastikan kelestarian pelaksanaannya pada masa hadapan.
Para peserta juga diberi peluang untuk melawat lokasi-lokasi berdekatan yang telah mengaplikasikan IoT dalam pelaksanaan kerja harian pertanian, sekali gus memberi pendedahan yang lebih jelas mengenai keberkesanan teknologi ini.
Program ini bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman antara negara-negara IMT-GT, malah turut memperkukuhkan jaringan kerjasama serantau dalam memajukan sektor pertanian berteknologi tinggi.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan







