𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐀𝐘𝐔𝐑 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐃𝐀𝐏𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓
Pada 7 September 2025, Program 𝗝𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗦𝗮𝘆𝘂𝗿 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗿 𝗧𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗮𝘁𝗮𝘀 bertempat di Dewan Raya Bandar Putra, Kulai. Program ini disyorkan bagi membantu masyarakat setempat mendapatkan bahan makanan segar pada harga yang lebih berpatutan sekaligus dapat mengurangkan kos dapur harian.
Sayur-sayuran segar yang dijual adalah hasil tanaman tempatan yang memenuhi standard pensijilan myGAP (Malaysian Good Agricultural Practices). Melalui jualan ini, bagi penduduk bukan sahaja menikmati barangan berkualiti, malah tidak langsung memberi sokongan kepada usaha promosi amalan pertanian baik (myGAP) di kalangan petani.
Inisiatif ini turut memberi peluang kepada petani tempatan untuk memasarkan hasil secara terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Bandar Putra dan kawasan sekitarnya.
Jualan Kasih ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban isi rumah, malah menjadi platform pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan memilih hasil tanaman yang selamat dan berkualiti tinggi.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



























