𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

.

.

.

.

.

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐲𝐮𝐫-𝐒𝐚𝐲𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌

Bersempena dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kulai 1447H/2025M, Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah menyumbangkan pelbagai jenis sayur-sayuran segar bagi kegunaan penyediaan jamuan.

Antara sayuran yang disumbangkan termasuklah halia, cili merah, cili hijau, cili padi, daun pandan, lengkuas, daun ketumbar, daun sup, daun pudina, daun bawang, serta daun leek.

Warga Pejabat Pertanian Daerah Kulai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para petani serta syarikat yang telah bersama menjayakan sumbangan ini, antaranya 𝗖𝗵𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗺 𝗖𝗵𝗶𝗮𝗽, 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗿𝗮, 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗶, 𝗘𝗻. 𝗛𝗮𝘇𝗶𝗾 𝗔𝗾𝗮𝘀𝗵𝗵, 𝗔𝗴𝗿𝗶 𝗥𝗶𝗰𝗵 𝗛𝗮𝗿𝘃𝗲𝘀𝘁 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝗽𝗿𝗶𝘀𝗲, 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗴𝗲𝗲 𝗧𝗲𝗰𝗸 𝗛𝘂𝗮𝘁.

Penyerahan sumbangan tersebut telah diwakili oleh 𝗘𝗻. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗵𝗮𝘇𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗮𝗯𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻, wakil Pejabat Pertanian Daerah Kulai kepada 𝗘𝗻. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗲𝗱𝘇𝗮 𝗕𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻, wakil Masjid Al-Mubarak, Bandar Putra.

Semoga sumbangan ini dapat melancarkan persiapan serta menyemarakkan lagi keberkatan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

.

.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *