𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐃𝐒-𝐎𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍
oleh
𝐇𝐣. 𝐌𝐚𝐳𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡,
Pegawai Pertanian Daerah Kulai.
𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐢:
NG BOON KHANG
𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤:
3 hektar
𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧:
Durian
Kelapa
Pisang
Kolam Ikan Hiasan
𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧
Pangkasan pokok durian amat penting untuk membentuk kanopi yang seimbang, mengurangkan dahan bersilang serta membolehkan cahaya matahari menembusi bahagian dalam pokok. Antara tujuan pangkasan adalah untuk mengawal pertumbuhan, meningkatkan pengeluaran bunga dan buah, serta mengurangkan serangan penyakit.
𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐧:
• Pokok lebih sihat dan bertenaga.
• Hasil buah lebih berkualiti dan seragam.
• Mudah diuruskan semasa musim berbuah.
𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐧:
Pangkasan digalakkan dibuat selepas musim menuai atau ketika pokok berada dalam keadaan rehat, supaya tidak menjejaskan pembungaan dan penghasilan buah seterusnya.
Dengan amalan pangkasan durian yang betul dan rapi khususnya pada peringkat matang, petani dapat meningkatkan hasil tanaman dengan lebih berkualiti dan mampan.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
















