𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓

Pada 𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓, Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah mengadakan Lawatan Pengembangan dan Khidmat Nasihat di Kampung Air Manis, Kulai. Lawatan ini diketuai oleh 𝐇𝐣. 𝐌𝐚𝐳𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡, Pegawai Pertanian Daerah Kulai.

𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐢:

Abdul Hapzis bin Ahmad

𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤:

2 hektar

𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧:

Timun & Terung (secara fertigasi gantung)

Encik Abdul Hapzis telah mengusahakan tanaman secara 𝐟𝐞𝐫𝐭𝐢𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐠𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠, iaitu kaedah penanaman menggunakan beg media yang digantung dengan sistem pengairan dan pembajaan automatik. Kaedah ini membolehkan tanaman lebih terurus, bebas masalah tanah, dan mengurangkan risiko serangan penyakit akar.

𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐟𝐞𝐫𝐭𝐢𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐠𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠:

☘️ Pokok lebih mudah dijaga dan dipantau.

☘️ Hasil lebih berkualiti dan seragam.

☘️ Kurang penggunaan racun kerana penyakit bawaan tanah boleh dielakkan.

☘️ Sesuai untuk meningkatkan hasil di kawasan terhad.

Sejak mula mengusahakan tanaman makanan pada tahun 2012, Encik Abdul Hapzis bin Ahmad telah menerima insentif daripada Jabatan Pertanian seperti 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐨𝐓 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐨𝐝𝐞𝐧. Insentif yang diberikan bertujuan meningkatkan pengeluaran serta memodenkan cara kerja ladang.

Jabatan Pertanian berharap agar Encik Abdul Hapzis bin Ahmad serta petani yang telah menerima insentif dapat memanfaatkan insentif dengan sebaiknya, sekali gus menjadi contoh dalam mengadaptasi teknologi pertanian moden.

Pejabat Pertanian Daerah Kulai turut menyeru kepada semua petani makanan agar merebut peluang memohon insentif pertanian yang disediakan. Untuk syarat dan maklumat lanjut, sila hubungi pejabat pertanian berhampiran.

𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢

07-6632 737

.

.

.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *