𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 & 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐧𝐜𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐈𝐀𝐓 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧
Pada 𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓, Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah mengadakan 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 dan Majlis Ringkas Penyerahan Kunci Bengkel Industri Asas Tani (IAT) kepada usahawan 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐬𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 di Felda Bukit Permai. Beliau mengusahakan produk Maruku Meletop, salah satu produk makanan tempatan yang semakin mendapat sambutan.
Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh 𝐇𝐣. 𝐌𝐚𝐳𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡, Pegawai Pertanian Daerah Kulai. Bantuan ini adalah di bawah Projek 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐢 (𝐈𝐀𝐓) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫, yang bertujuan membantu usaha meningkatkan kemudahan, kualiti pengeluaran dan daya pengeluaran produk di pasaran.
Pejabat Pertanian Daerah Kulai mengalu-alukan 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐢 untuk meraih peluang ini. Bantuan IAT bukan sahaja menyediakan infrastruktur asas, tetapi juga sokongan teknikal, latihan dan bimbingan agar produk mampu menembusi pasaran dengan lebih luas.
Sebarang Pertanyaan boleh terus hubungi di talian
Pn. Norshazrina Ezlin Binti Noorddin
Penolong Pegawai Pertanian
010-8296224
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan















