𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜
.
.
.
![]()
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟖 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓
.
.
.
31 Ogos 2025, Kota Tinggi – telah berlangsung Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 Peringkat Daerah Kota Tinggi 2025 dengan penuh meriah dan semangat patriotik.
.
.
.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Wakil Rasmi Menteri Besar Johor iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor
.
.
Turut hadir sama memeriahkan majlis ialah Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, En. Mohd Hafizh Bin Hussain bersama barisan pimpinan agensi kerajaan, ketua masyarakat serta warga Kota Tinggi.
.
.
Seramai 35 kontinjen yang terdiri daripada jabatan kerajaan, agensi, badan beruniform, sekolah, pertubuhan bukan kerajaan serta Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi juga telah menyertai perarakan pada pagi ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









