PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jabi
Pelaksanaan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tahun 2025 oleh Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Malaysia telah melaksanakan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) bagi Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi tahun 2025 sebagai satu inisiatif penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan dan prestasi projek-projek TKPM di seluruh negara.
Penilaian ini bertujuan menilai tahap pencapaian, keberkesanan pelaksanaan, serta pematuhan kepada garis panduan dan standard yang telah ditetapkan, di samping mengenal pasti amalan terbaik yang boleh dijadikan penanda aras bagi projek-projek lain.
Melalui penilaian ini, pihak Jabatan berharap dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, memperkukuh kecekapan operasi, dan menggalakkan pengurusan ladang yang lebih sistematik dan berdaya saing dalam kalangan pengusaha TKPM.










![]()
