PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT
Latihan Pengendalian Dron di TKPM Jabi 12 Ogos 2025
Satu sesi latihan pengendalian dron telah diadakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jabi dengan kerjasama Pejabat Pertanian Batu Pahat. Latihan ini telah dikendalikan oleh Penolong Pegawai Pertanian, Encik Mohamad Fairus Akmal bin Mansor, yang turut berkongsi pengetahuan serta panduan praktikal berkaitan penggunaan dron dalam sektor pertanian.
Sesi ini bertujuan meningkatkan kecekapan peserta dalam pengaplikasian teknologi dron bagi tujuan pemantauan dan pengurusan ladang secara lebih efisien. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan latihan ini.



