JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR
.
.
.
PENILAIAN PENARAFAN BINTANG (STAR RATING) PROJEK TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) TAHUN 2025
23 Julai 2025 |
TKPM Seri Bunian, Pontian.
Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) bagi Projek TKPM Seri Bunian telah diadakan pada 23 Julai 2025, melibatkan kehadiran pegawai penilai dari Jabatan Pertanian Malaysia Putrajaya. Penilaian ini bertujuan menilai prestasi keseluruhan pengurusan, pencapaian hasil, serta pematuhan kepada amalan pertanian baik (MyGAP) bagi menjamin kelestarian dan keberkesanan operasi TKPM.
Pegawai Penilai:
1. Puan Nur Dalinna Binti Ibrahim
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik
2. Encik Ahmad Nazri Bin Abdullah
Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah
3. Puan Noor Aidalina Binti Mohd Kamal
Penolong Pegawai Pertanian, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Peserta TKPM Seri Bunian:
Daud bin Yahmin
Ng Teck Koh
Mohd Hafiz bin Mohd Zin
Turut serta memberikan sokongan:
Puan Zaharah binti Sagimin
Penolong Pegawai Pertanian
Encik Shafiz Bin Azman
Wakil Jabatan Pertanian Negeri Johor
Program penilaian ini merupakan inisiatif berterusan Jabatan Pertanian Malaysia bagi meningkatkan tadbir urus TKPM, memperkukuh daya saing sektor pertanian dan memberi pengiktirafan kepada pengusaha tani yang berprestasi cemerlang.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang proses penilaian dijalankan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Azizul Hafiz Azizan












![]()
