PEJABAT PERTANIAN DAERAH KOTA TINGGI
MAJLIS PERASMIAN TUAIAN HALIA BENTONG MUDA DI PARLIMEN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM
Sedili, Kota Tinggi | 21 Jun 2025 – Majlis Perasmian Tuaian Halia Bentong Muda telah sempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi di Kg Gembut, Kota Tinggi Johor.
Majlis ini merupakan susulan daripada Program Inovasi Sosial bertajuk Teknologi Penanaman Halia Bentong Integrasi Sawit di Kota Tinggi di bawah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dan diimplementasikan oleh Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Selain itu juga, ianya sebagai pengiktirafan kepada peserta projek sebagai petani perintis yang telah berjaya mengeluarkan hasil halia muda di kawasan Parlimen Kota Tinggi. Disamping itu, majlis ini merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan penanaman halia bentong di kawasan daerah Kota Tinggi.
Turut hadir, YB Tuan Muszaide bin Makmor, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sedili, Ybhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Malaysia, En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Ketua – ketua Jabatan atau Wakil, Peserta Program dan penduduk setempat.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





















![]()
