PEJABAT PERTANIAN DAERAH KOTA TINGGI
LAWATAN KERJA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KEUSAHAWANAN, KOS SARA HIDUP DAN PERTANIAN, DEWAN UNDANGAN RAKYAT PARLIMEN KELIMA BELAS KE JOHOR
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian, Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas tmengadakan lawatan kerja ke Negeri Johor pada 18 – 20 Jun 2025.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari kapasiti dan keupayaan ladang jagung bijian tempatan untuk memenuhi permintaan makanan ternakan dalam negara dan menilai potensi tanaman kelapa dan kopi sebagai komoditi eksport melalui pemprosesan nilai tambah dan pengembangan pasaran antarabangsa.
Antara projek yang telah dilawati adalah di daerah Kota Tinggi adalah :
Nama Syarikat : Omega Ventures Sdn Bhd.
Nama Pengusaha : Mr. Tay Hong Sing
Lokasi Ladang : PTD 31061 – 31063, Ladang Daiman, Kota Tinggi
Jenis Tanaman : Kelapa Pandan, Tacunan
Keluasan : 242.91 Hektar
Nama Syarikat : Fabulous Growth Sdn. Bhd.
Nama Pengusaha : Mr. Tan Wei Chien
Lokasi Ladang : PTD 39706, Jalan Bypass Kota Tinggi
Jenis Perusahaan : Hasilan Kelapa
Keluasan : Premis Kilang
Lawatan ini telah dihadiri oleh Y.B Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah; Y.B Tuan Edwin Anak Banta, Ahli Parlimen Selangau; Y.B Datuk Seri Panglima Dr. Jeffry G. Kitingan, Ahli Parlimen Keningau; Y.B Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Ahli Parlimen Tenggara; Y.B Tuan Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng; Y.B Dato’ Rosol bin Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu; Y.B Datuk Muslimin bin Yahaya, Ahli Parlimen Sungai Besar.
Turut hadir sama, Sekretariat Parlimen Malaysia iaitu Cik Kaishune Surang, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat; Puan Hazliana binti Yahaya, Pegawai Arkib, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat; En. Mohamad Faizal bin Lan, Pegawai Arkib, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat; En. Aiman Haikal bin Abdul Rahman, Pegawai Arkib, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat.
Turut hadir sama, En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi; En Rosdin bin Kimin, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Johor, Puan Siti Irdina Ismahani Binti Ishak, Ketua Bahagian Industri Asas Tani Negeri Johor dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan












































![]()
