Satu Kunjungan Hormat daripada Syarikat All Cosmos Industries Sdn. Bhd ke Jabatan Pertanian Negeri Johor telah diadakan pada 22 Mei 2025. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan Kerjasama Strategik yang boleh diperoleh melalui program-program atau aktiviti-aktiviti dua hala antara pihak Syarikat dan Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Kunjungan ini diketuai oleh Encik Wan Azha bin Wan Mustapha, Pengurus Teknikal All Cosmos Sdn. Bhd. Perbincangan yang telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) ini telah mencapai kata sepakat yang memberangsangkan dari kedua-dua pihak.
Diharap apa yang diperoleh dari kunjungan ini dapat direalisasikan dan mencapai hasrat kerjasama strategik yang telah dijalinkan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
@top fans




![]()
