PERTANDINGAN INOVASI TEKNOLOGI PERTANIAN PERINGKAT JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR TAHUN 2025
Tarikh: 20-21 Mei 2025 (Selasa-Rabu)
Tempat : Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
Telah berlangsung Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian Kategori Pegawai Peringkat Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025 melibatkan penyertaan sebanyak 21 tajuk inovasi.
Penilaian pemarkahan diketuai oleh Puan Julie Marzlinda binti Mohd Razaki (MARDI) dan barisan juri yang lain iaitu Puan Mahani binti Majid ( IPAH) dan Puan Nahdatul Faeizin bin Norman (MPC).
Pertandingan Inovasi sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan budaya inovatif dan pemikiran kreatif di kalangan pegawai. Semoga maju jaya kepada pegawai yang terlibat dalam pertandingan tahun ini. Teruskan mencipta dan menyumbang kreativiti kepada kemajuan dengan penuh semangat.
“KREATIVITI TANPA BATAS, INIVASI TANPA HENTI”
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





















