Tajuk kursus : Kursus Pemasaran Menggunakan Kaedah Pendigitalan
Tarikh : 20 Mei 2025 (Selasa)
Tempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam
Kursus Pemasaran Menggunakan Kaedah Pendigitalan ini telah dihadiri oleh 39 orang peserta seluruh Johor. Para peserta didedahkan dengan ilmu aplikasi Whatsapp Business, Copy Writing & Tiktok Shop. Kursus ini dijalankan melalui dua kaedah pembelajaran secara Teori & Hands on.
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk:
I. Meningkatkan pendapatan usahawan agromakanan melalui ruang pasaran digital.
Ii. Meningkatkan penggunaan platform e-dagang di kalangan usahawan agromakanan dalam memasarkan produk keluaran secara atas talian.
Iii. Memberi pendedahan kepada usahawan berkenaan perkembangan teknologi dan pendigitalan pada masa kini.
Penceramah:
1. Puan Fakhriah Binti Ahmad Radzuan (Cikgu Yaya)
Penolong Pengurus Nadi Taman Rengit Indah
2. Puan Nur Syahidah Binti Mohamood
Penolong Pengurus Nadi Kampung Bukit Sri Wangi








![]()
