Program Johor Future Agropreneur (JFA) merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Pertanian Negeri Johor yang memberi tumpuan kepada aktiviti pembangunan usahawan belia tani dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran melalui penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian. Ia secara tidak langsung berjaya membantu belia tani menjana pendapatan lebih tinggi dengan memanfaatkan kelebihan tanah, sumber tani dan potensi lain sedia ada.

Sepanjang tahun ini sahaja, lebih 120 Kursus Usahawan Tani telah ditawarkan untuk memperkasa ilmu dan kemahiran belia dalam pertanian. Sehingga kini, sebanyak 54 siri kursus telah dianjurkan melibatkan 1,059 peserta.

Hasilnya, inisiatif JFA berjaya melahirkan usahawan belia yang mencapai pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan selepas tiga tahun menyertai program ini.

Zahari Sarip.

#PosterMDJ

#MediaDigitalJohor

#SahihTepatPantas

#MajuJohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita