SERDANG
5 Mei 2025 – Institut Latihan Pengembangan Pertanian
Telah berlangsung sesi pembentangan pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian Tahun 2025 dari Negeri Johor melibatkan penyertaan dari Kategori Pegawai dan Kategori Petani. Antara tajuk inovasi yang telah dipertandingkan ialah:-
Kategori Pegawai-
1) Coconut Cookies Mould – Pejabat Pertanian Daerah Mersing
2) Pisau Sisir Pisang – Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
3) Germination Rack – Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
Kategori Petani-
1) Golden Pineapple Tart – Pn. Syarifah Seha binti Syed Ali (Usawan Daerah Batu Pahat)
2) Nyogurt Kelapa – Pn. Amirah binti Abdul Rahim (Usahawan Daerah Pontian)
3) Honey Cap – Tan Ah Tee (Usahawan Daerah Kulai)
Pertandingan ini dapat mencungkil kreativiti pegawai dan usahawan serta dapat mengetengahkan idea-idea baharu yang mampu memberi kan impak positif kepada golongan sasar. Pertandingan seperti ini jugak memberi peluang kepada peserta menunjukkan bakat dan kebolehan dalam mencipta penyelesaian yang inovatif bagi menghadapi cabaran semasa.
Berikut adalah ayat ucapan tahniah:
Tahniah kepada peserta yang telah menyertai pertandingan inovasi ini. Penyertaan anda menunjukkan komitmen dan semangat kreatif yang luar biasa dalam menghasilkan idea-idea yang berinovasi. Teruskan berusaha dan mengembangkan potensi anda untuk masa depan yang lebih cemerlang. Semoga peserta dari Jabatan Pertanian Negeri Johor memperoleh KEMENANGAN pertandingan ini.






![]()
