Salam Takziah atas Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Kelima Malaysia

.

Jabatan Pertanian Negeri Johor merakamkan ucapan takziah yang mendalam atas pemergian YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Kelima Malaysia, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

.

Tun Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, merupakan pemimpin berjiwa rakyat yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai sektor, termasuk sektor pertanian.

.

Semasa pentadbiran beliau, sektor pertanian telah diberi perhatian semula sebagai salah satu enjin pertumbuhan ekonomi negara melalui pendekatan “Pertanian sebagai Perniagaan”.

.

Dasar ini membuka peluang besar kepada pengusaha tani, belia dan usahawan untuk terlibat secara aktif dalam industri asas tani. Tun Abdullah juga menekankan pentingnya teknologi, inovasi dan penyelidikan dalam meningkatkan daya saing sektor ini.

.

Antara sumbangan besar beliau dalam industri pertanian ialah:

• Pemerkasaan pembangunan agroindustri dan industri asas tani;

• Galakan terhadap penggunaan teknologi moden dan penyelidikan pertanian;

• Penubuhan pelbagai inisiatif sokongan kepada petani, penternak dan nelayan di bawah pelbagai program pembangunan.

.

Jasa dan kepimpinan beliau akan terus dikenang oleh seluruh warga Jabatan Pertanian serta seluruh warga tani tanah air.

.

Al-Fatihah.

#myDOA

Salam Takziah Daripada :

Tuan Haji Yosri bin Mohd

Pengarah Pertanian Negeri Johor

dan seluruh warga kerja

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Yosri Mohd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *