Memperkenalkan Sistem Carian Fitosanitasi Jabatan Pertanian Malaysia: Malaysia Agriculture Import Control System (MyAICS)
.
.
Jabatan Pertanian Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keselamatan biosekuriti negara, khususnya dalam sektor pertanian.
.
Seiring dengan komitmen ini, Jabatan Pertanian telah membangunkan Malaysia Agriculture Import Control System (MyAICS) — sebuah sistem carian fitosanitasi yang bertujuan memudahkan pemegang taruh dan pemain industri pertanian mendapatkan maklumat berkaitan keperluan fitosanitasi bagi pengimportan tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal.
.
Apa itu MyAICS?
.
MyAICS merupakan sebuah sistem dalam talian yang menyediakan maklumat awal dan terperinci mengenai keperluan fitosanitasi bagi setiap pengimportan.
.
Maklumat ini meliputi syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu produk tumbuhan dibenarkan masuk ke Malaysia.
.
Antara maklumat yang disediakan termasuk:
- Keperluan dokumentasi fitosanitasi
- Syarat rawatan kuarantin
- Pendaftaran ladang dan fasiliti pemprosesan
- Prosedur kawalan biosekuriti
.
Dengan adanya MyAICS, pengimport boleh mengakses maklumat yang jelas dan terkini bagi memastikan pematuhan kepada syarat-syarat import.
.
Ini sekali gus mengurangkan risiko ketidakpatuhan dan mengelakkan kemasukan perosak serta penyakit kuarantin ke negara kita.
.
Kelebihan MyAICS kepada Industri
- Akses Mudah & Cepat: Pengguna hanya perlu mendaftar (register) di portal MyAICS untuk mendapatkan akses.
- Maklumat Terkini: Data fitosanitasi dikemaskini dari masa ke semasa selaras dengan perubahan keperluan negara pengimport dan pengeluar.
- Meningkatkan Pematuhan Import: Mengelakkan isu ketidakpatuhan syarat import yang boleh mengakibatkan sekatan atau larangan kemasukan produk.
- Menyokong Keselamatan Makanan & Biosekuriti: Memastikan hanya produk yang mematuhi piawaian keselamatan makanan serta bebas dari perosak dan penyakit dibenarkan masuk.
.
Pengguna boleh mengakses MyAICS di pautan berikut:
➡️ https://myaics.doa.gov.my/login
Nota: Pengguna perlu mendaftar akaun terlebih dahulu untuk mengakses sistem.
.
Sebarang pertanyaan berkaitan MyAICS boleh diajukan kepada:
Unit Kawalan Import dan Analisis Risiko Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia
Talian: 03-8880 6600
E-mel: unitimportpra@doa.gov.my
⸻
Keperluan Fitosanitasi untuk Eksport
Selain pengimportan, Jabatan Pertanian juga menyediakan panduan lengkap bagi pengeksportan hasil hortikultur Malaysia ke luar negara.
.
Protokol eksport merangkumi keperluan fitosanitasi seperti:
- Pendaftaran ladang dan fasiliti pemprosesan
- Penggunaan rawatan kuarantin yang efektif
- Pengesanan (traceability) untuk keselamatan makanan
.
Maklumat lengkap mengenai keperluan eksport ini boleh dirujuk melalui booklet:
➡️ “Phytosanitary Requirements for Exportation of Horticulture Produce from Malaysia 2025”
Pautan: https://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/626
.
Pengenalan sistem MyAICS adalah satu inisiatif proaktif Jabatan Pertanian dalam memperkukuh kawalan fitosanitasi negara, sekali gus memudahkan urusan pengimport dan pengeksport produk pertanian.
.
Kerjasama erat antara pihak industri dengan Jabatan Pertanian amat penting bagi memastikan kelangsungan keselamatan biosekuriti negara serta kelancaran perdagangan antarabangsa sektor pertanian.
myDOA #InfoJabatanPertanian #MyAICS
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Arthur Joseph Kurup
YBhg Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
![]()
