11 September 2024 l Batu Pahat
๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐๐๐ฝ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐บ๐ฒ๐ฟ’๐ ๐๐ถ๐ฒ๐น๐ฑ ๐ฆ๐ฐ๐ต๐ผ๐ผ๐น (๐๐๐ฆ) ๐ง๐ฒ๐ธ๐ป๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ถ ๐ง๐ฎ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ฝ๐ถ ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
Yang Berbahagia, Puan Dona Lakai, Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Farmer’s Field School (FFS) Teknologi Tanaman Kopi Tahun 2024 di Dewan Terbuka, Pusat Pertanian Parit Botak pada 11 September 2024.
Majlis ini turut telah dihadiri oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Pegawai Kuasa Usaha- Kuasa Usaha Teknikal Negeri Johor, Pegawai-Pegawai Pertanian Daerah serta Pegawai-Pegawai dari Unit Teknikal dan Ibu Pejabat Negeri Johor.
Seramai 20 peserta telah diraikan sebagai anak angkat Jabatan Pertanian dan akan dibimbing secara rapat serta diberi keutamaan di dalam program-program anjuran Jabatan Pertanian.
Antara intipati ucapan beliau adalah โsejajar dengan modenisasi dan perubahan gaya hidup masyarakat, kopi semakin menjadi popular dan digemari ramai menyebabkan industri kopi negara kini dilihat semakin. berkembang dan wajar untuk kita berada seiring dengan perkembangan tersebutโ.
Dato’ Onn Hafiz Ghazi
Dato’ Zahari Sarip.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Pejabat Pertanian Daerah Kluang
Pejabat Pertanian Daerah Mersing
Pejabat Pertanian Daerah Pontian
Pejabat Pertanian Daerah Tangkak
Pejabat Pertanian Daerah Segamat
Pejabat Pertanian Daerah Kulai



































