Program Farmer’s Field School (FFS) Teknologi Tanaman Kopi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya bermula 8 September sehingga 11 September 2024 bertempat di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat dan juga Hands On di Projek Usahawan Aziz Kopi di Parit Sidek, Batu Pahat.
Seramai 20 orang peserta dipilih mengikuti program ini yang terdiri daripada pengusaha tanaman kopi dari seluruh Negeri Johor. Peserta yang mengikuti program ini telah menjalani latihan secara tutorial dibilik kuliah dan hands-on di Tapak Semaian Kopi, Kebun Kopi di Pusat Pertanian Parit Botak. Sebanyak 11 sesi pembelajaran telah dipelajari berdasarkan modul FFS Teknologi Tanaman Kopi yang disediakan.
๐๐๐ฃ๐๐ค๐ญ๐ข๐ ๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐ Program Farmer’s Field School (FFS) Teknologi Tanaman Kopi ini diadakan adalah untuk:
i. Memberi kemahiran asas dalam teknologi penanaman kopi.
ii. Memahami secara keseluruhan kepentingan pemilihan varieti tanaman kopi dan teknologi pembiakbakaan.
iii. Memberi pengetahuan berkaitan pengurusan dan penjagaan tanaman kopi di ladang.
๐๐ฎ๐ญ๐ฉ๐ฎ๐ญ Program FFS yang diharapkan adalah untuk:
i. Melahirkan peserta yang berpengetahuan dan terlatih dalam pengurusan tanaman kopi melalui Pakej Teknologi Tanaman Kopi Jabatan Pertanian.
ii. Peserta akan menjadi Agen Perubahan (Petani Contoh) kepada pengusaha lain untuk menerima pakai teknologi yang diperkenalkan.
iii. Menjana pendapatan peserta melalui perkhidmatan yang diberikan berdasarkan pengetahuan yang dipelajari.
Dato’ Onn Hafiz Ghazi
Dato’ Zahari Sarip.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Pejabat Pertanian Daerah Kluang
Pejabat Pertanian Daerah Mersing
Pejabat Pertanian Daerah Pontian
Pejabat Pertanian Daerah Tangkak
Pejabat Pertanian Daerah Segamat
Pejabat Pertanian Daerah Kulai




































![]()
