πππππ ππππππ-ππππππ & πππ πππππ ππ πππππ πππ ππππ: πππππππππππ πππππ πππππππ, ππππππππππ ππππππ, ππππππππππ ππππππ
Program Yok Turun ke Sawah, Kali pertama penganjurannya pada tahun 2022 di adakan di Sawah Ring Tangkak, dan telah berjaya diadakan dengan sambutan yang sangat baik dari penduduk sekitar. Pada 7-8 September 2024 Jabatan Pertanian Negeri Johor sekali lagi membawa Program Yok Turun ke Sawah pada kali ini di Sawah Sungai Balang Muar. Kelainan program pada tahun ini adalah penganjurannya dibuat secara bersama dengan Pejabat Daerah Muar, dimana Program Yok Turun Ke Sawah telah disekalikan dengan Pesta Layang-Layang Muar. Kejayaan penganjuran pada tahun ini adalah hasil kerjasama yang baik dari pelbagai pihak Jabatan atau Agensi dari peringkat Negeri dan peringkat daerah Muar.
Matlamat program ini adalah mempromosikan aktiviti pembangunan sawah padi luar jelapang di Sawah Sungai Balang, kepada penduduk di Daerah Muar dan seluruh negeri Johor. Pengunjung boleh melihat kemajuan dan aktiviti pesawah mengusahakan tanaman padi secara komersial dengan bimbingan oleh Jabatan Pertanian dan beberapa Jabatan/Agensi lain bawah KPKM Inc. Negeri Johor.
Kemeriahan Pesta Layang-Layang & Yok Turun Ke Sawah Muo 2024 yang telah berlangsung selama dua hari di Sawah Sungai Balang, pada 7-8 September 2024! Selain layang-layang yang menghiasi langit, ada pelbagai aktiviti menarik seperti Raja NβGail Puyu, Golden Voice of Sungai Balang, Sawah Mastercheft (memasak Ikan Air Tawar), Soccer Cup DβBendang, Lomba Tangkap Itik, Selfie DβSawah, Yok Sini Bercerita (Kanak-Kanak), Si Cilik Kreatif (mewarna), Tarik Tali dalam Sawah, Pertadingan Layang-Layang, Bengkel Layang-Layang, Glow Night Run dan Penyampaian Mock Cheque Insentif Kepada Sawah Padi Negeri Johor
Selepas menerima kunjungan ribuan pengunjung, Pesta Layang-Layang & Yok Turun ke Sawah Muo 2024 akhirnya melabuhkan tirai dengan masjlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. Hadir sama, Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim, Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, YB Selamat bin Takim, ADUN Sungai Balang, Dato’ Haji Abdul Rahim bin Nin, Presiden Majlis Pelayang Malaysia, Encik Mohd Hafiz bin Ramly Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan, TPPO, Ketua Bahagian, Pegawai Pertanian Daerah, Kuasa Usaha Teknikal, APT Sawah dan wakil-wakil pesawah dari seluruh negeri Johor.
Pesta ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan aktiviti pesawah yang mengusahakan tanaman padi dan mempertahankan warisan budaya serta pertanian tempatan ke peringkat negeri, selaras dengan matlamat utama menuju Tahun Melawat Johor 2026.
Dato’ Onn Hafiz Ghazi
Dato’ Zahari Sarip.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Pejabat Pertanian Daerah Kluang
Pejabat Pertanian Daerah Mersing
Pejabat Pertanian Daerah Pontian
Pejabat Pertanian Daerah Tangkak
Pejabat Pertanian Daerah Segamat
Pejabat Pertanian Daerah Kulai






































