9 Julai 2024
Jabatan Pertanian Negeri Johor telah menjadi urusetia Town Hall Memperkasa Ekonomi Orang Melayu dibawah port folio Pengerusi JK Pertanian , IAT dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. Program yang menggamit kehadiran melebihi 250 orang yang terdiri dari usahawan agromakanan dan peminpin masyarakat telah dirasmikan oleh YB Dato’ Zahari Sarip.
Tn. Hj Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor telah membentangkan beberapa resolusi berkaitan sektor tanaman. Sesi pembentangan oleh panel jemputan YBhg Datok Mohd Anim bin Hosnan dan Coach Bahar telah di pimpin oleh moderator en. Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor.
Pelbagai cadangan, maklumbalas dan pandangan telah diterima dari jemputan yang hadir dan akan dibawa ke program Konvensyen Melayu Johor pada bulan September ini. Dapatan ini sudah tentu juga akan dijadikan sebagai input bagi merangka Belanjawan Johor 2025, khususnya berkaitan Portfolio Pertanian dan Kemajuan Luar Bandar
Tahniah kepada semua yang hadir










