Tarikh : 10 Julai 2024
Tempat : Pusat Komuniti Desa Melayu Niyor, Kluang
Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk
i. Memahami dan mengenalpasti dengan lebih mendalam berkenaan diagnostik kawalan penyakit dan serangga perosak pada tanaman sayuran.
ii. Menambah kemahiran dalam bidang pertanian menggunakan teknologi terkini.
Kursus ini telah dihadiri seramai 33orang Agen Pengembangan Tanaman (APT) dari Pejabat Pertanian Daerah Kluang, Pejabat Pertanian Daerah Segamat, Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat, Pejabat Pertanian Daerah Tangkak dan Pejabat Pertanian Daerah Muar.
Urusetia :
1. Bahagian Pengembangan
Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor
2. Pejabat Pertanian Daerah Kluang







