4 Julai 2024 | Johor Bahru

Sesi Taklimat Berkaitan Industri Eskport Durian Segar ke Negara China oleh Syarikat Vanton International Sdn Bhd

Dipengerusikan oleh :

Tuan Haji Yosri Bin Mohd

Pengarah Pertanian Negeri Johor

Taklimat ini diadakan oleh syarikat Vanton International Sdn Bhd yang memberikan penerangan berkaitan :

i. Permintaan dan pasaran durian di negara China

ii. Proses eksport ke negara China

iii. Kaedah petik dan operasi durian segar untuk pasaran eksport

iv. Serta perbincangan untuk menjalinkan kerjasama bersama pengeluar-pengeluar durian di negeri Johor melalui contract farming bagi pengeksportan durian ke negara China

Jabatan Pertanian akan mengadakan Program Penemusuaan para pengusaha durian negeri Johor bersama Syarikat Vanton dalam tempoh terdekat.

Jika pengusaha berminat untuk menyertainya, boleh hubungi Pejabat Pertanian Daerah berdekatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *